Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewi Perssik santai soal jodoh

    Penyanyi Indonesia, Dewi Perssik, membuktikan bahawa momen istimewa boleh sahaja dibuat secara ringkas tetapi bermakna.

    Dalam keadaan jadualnya yang sibuk sebagai penghibur, Dewi Perssik merayakan ulang tahunnya yang ke-39 dengan cara yang cukup unik. Bukan dengan mengadakan pesta mewah dan dekorasi berlebihan, akan tetapi hanya kejutan kecil daripada rakan-rakan kerja yang berjaya membuatkannya senyum lebar.

    Akan tetapi, di balik kejutan itu, terdapat perkara yang lebih menarik lagi dari pemikiran penyanyi itu. Daripada menyibukkan diri untuk membuat senarai panjang tentang harapan dan keinginan, dia lebih memilih untuk lebih bersyukur dan pasrah.

    “Saya tidak pernah meminta lebih dari Allah, saya yakin Allah pasti akan memberi apa yang diinginkan. Pada ulang tahun yang ke-39 ini, saya tidak minta apa-apa, cuma minta Allah memberi apa saya inginkan,” ujar Dewi Perssik kepada KapanLagi.

    Menurutnya, berdoa untuk perkara yang kita inginkan itu sudah cukup. Sikap santai dan bijaknya itu membuat ramai orang terinspirasi.

    “Kalau saya minta, takut tidak dapat dan mengecewakan. Lebih baik saya berserah pada Yang Maha Kuasa memberikan yang terbaik untuk saya,” tambah Dewi Perssik.

    Dengan penampilan yang tetap awet muda dan aura positif yang terpancar, dia berjaya mencuri perhatian warganet. Semasa perayaan ulang tahunnya, dia telah mengajarkan untuk lebih menghargai setiap momen dan bersyukur atas apa yang sudah dimiliki.

    Dewi Perssik mengungkapkan pada masa ini dia tidak terlalu memikirkan soal jodoh.

    Penyanyi dangdut yang dikenal dengan karakternya yang tegas itu memiliki pandangan yang cukup santai mengenai pasangan hidup. Dia percaya bahawa jodoh adalah misteri yang sudah diatur oleh Allah. Dengan kata lain, dia menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada takdir. – Agensi

    Dewi Perssik tidak mengharapkan apa-apa pada ulang tahunnya selain bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya. – KapanLagi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda