Selepas tiga kali gagal dalam rumah tangga, penyanyi Dewi Perssik tidak mahu melihat masalah tersebut sebagai satu perkara yang boleh menjejaskan imejnya. Menurut Dewi, dia selama ini telah berusaha menjadi isteri yang baik, namun perceraian itu berlaku bukan berpunca daripada dirinya. “Tiada siapa yang mahu bercerai kerana ini boleh menjejaskan imej saya. Ini ialah ketentuan Allah.