Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewi Perssik telan 5 biji kuning telur setiap hari

    Demi mendapatkan bentuk badan yang cantik dan kekal menawan, penyanyi Dewi Perssik sanggup mengamalkan rutin diet yang ketat sebelum mengadakan konsert di Singapura tahun hadapan.

    Kata Dewi atau mesra dipanggil Depe, 38, selain jadual makan yang terancang, dia juga mengikuti program pemakanan yang disyorkan oleh pakar bagi menurunkan berat badan dengan cepat.

    Dalam masa sama, Depe turut mengamalkan pengambilan kuning telur sebagai sumber tenaga sebelum beraksi di atas pentas.

    “Kalau dilihat sekarang saya memang kurus. Selain bersenam saya juga mengamalkan program pemakanan untuk cepat kurus.

    “Saya juga makan lima biji kuning telur setiap hari untuk tenaga. Kalau dah amalkan telur bersama lada, saya tidak akan mudah penat.

    Depe mahu kekal cantik tanpa pembedahan plastic. – Agensi

    “Walau kaki kebiruan disebabkan menari atas pentas, saya tidak akan terasa penat,” katanya.

    Dalam masa sama penyanyi lagu Ayo Semangat ini menafikan dakwaan melakukan pembedahan plastik pada bahagian muka selepas ramai yang melihat perbezaan pada wajahnya.

    Sebaliknya, Depe berkata dia hanya melakukan rawatan ke-cantikan bagi mengurangkan bengkak pada bahagian bawah mata.

    “Saya tidak peduli apa yang orang katakan. Yang penting saya tidak melakukan pembedahan plastik.

    “Orang nampak perbezaan pada wajah saya disebabkan rawatan kecantikan dan prosesnyanya masih belum selesai lagi,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda