Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dhanial pakai sut arwah Ridzuan di hari bahagia

    Anak lelaki pelakon Didie Alias bakal menyarungkan sut milik Allahyarham Ridzuan Hashim pada majlis resepsi perkahwinannya yang bakal diadakan September depan.

    Didie atau Nur Fadzilah Ali, 52, berkata, keputusan itu dibuat selepas dia dan Muhammad Dhanial berkunjung ke kediaman sewa Ridzuan untuk mengemas barangan peribadi milik arwah baru-baru ini.

    “Selepas Ridzuan meninggal dunia, kami ke rumah arwah untuk kemaskan pakaiannya miliknya dan tak susah mengemas barang kerana arwah memang seorang yang rapi dan pembersih.

    “Semua pakaian miliknya tersusun rapi di dalam almari malah baju kemaja T pun dia gosok.

    “Ada satu sut Dhanial cuba pakai dan kebetulan memang muat untuk dia. Jadi, dia ambil keputusan untuk menggayakan sut berkenaan ketika majlis kenduri di Kuala Lumpur nanti,” katanya kepada mStar. Didie berkongsi mengenai perkara itu sewaktu ditemui pada sidang media Temu Jelatek The Event Space baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Didie berkata, majlis resepsi Dhanial bakal ditaja bernilai RM500,000 dan terkejut dengan tawaran tersebut namun menyifatkan ia sebagai rezeki kerana telah menjaga bapanya sehingga ke akhir hayat. – Agensi

    Didie menganggap tajaan ini rezeki buat Dhanial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda