Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) akan menyertai Pesta Pelancongan Sabre ke-13 yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Ogos ini di pusat membeli-belah di Sungai Hanching.
DHSB dalam kenyataannya di sini, hari ini, menjelaskan bahawa dalam tempoh dua hari itu, mereka akan menawarkan pelbagai promosi yang membolehkan pengunjung membeli tiket percutian dengan pelbagai tawaran yang lebih selesa.
Di samping tawaran tiket penerbangan, DHSB juga menyediakan tawaran menarik dan pakej percutian ke destinasi yang diimpikan.
Promosi berkenaan termasuk pakej percutian dan pakej umrah di mana tawaran yang ditawarkan oleh DHSB bagi percutian dan pakej percutian termasuk potongan $250 daripada harga pakej, minimum untuk lima orang, hanya ditawarkan untuk 100 orang pelanggan pertama yang membuat pendaftaran dan membayar deposit semasa pesta pelancongan berkenaan. Tawaran berkenaan hanya sah untuk 13 tempat pakej percutian Muslim yang popular di DHSB. DHSB turut menjelaskan bahawa tawaran berkenaan turut diberikan untuk pakej Umrah di mana 100 pelanggan yang membuat pendaftaran dan membayar deposit akan diberikan potongan $100 daripada harga pakej berkenaan.
Promosi berkenaan hanya sah untuk pakej Umrah pada Januari hingga Mac 2020 dan Umrah Plus ke destinasi Croatia dan Bosnia, Jordan, Dubai dan Istanbul. Pelanggan yang membuat pembelian pakej atau perkhidmatan dengan DHSB juga akan berpeluang untuk memohon kad DHSB As Salam Loyalty.
Manakala itu, pelanggan yang mempunyai kad berkenaan akan mendapat mata setiap kali membeli tiket atau menyertai mana-mana pakej percutian, pakej umrah atau haji di DHSB.
Mata yang terkumpul akan boleh untuk ditebus balik sebagai diskaun bagi pembelian pakej percutian atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh DHSB mengikuti syarat-syarat tertentu.
Di samping itu, DHSB juga menawarkan cabutan segera bagi 200 pelanggan pertama yang membuat transaksi semasa pesta berkenaan selain berpeluang menyertai Kempen Cabutan Bertuah 2019 DHSB. Kempen Cabutan Bertuah DHSB 2019 bermula awal April hingga penghujung Disember ini di mana pelanggan yang membuat pembayaran penuh sebelum 31 Disember nanti akan berpeluang menyertai dalam kempen berkenaan untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Rush.
Di samping hadiah utama itu, beberapa hadiah menarik lain turut ditawarkan termasuk tiket percutian, barangan gajet dan barangan rumah.