Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Di Mana Ketupat Raya beri sentuhan berbeza

    Oleh Faridah Haji Ibrahim

     

    BANDAR SERI BEGAWAN – Radio Televisyen Brunei melalui Unit Hiburan dan Infotainment telah menerbitkan sebuah program realiti hiburan dibarisi oleh ‘instafamous’ tanah air seperti Sayeed, Amir Rashid, Aini Junaidi (Nurul), Shakinah, Ezzah Rashid dan Shah.

    Dalam rancangan tersebut, mereka telah diuji secara mental dan fizikal dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

    Terdapat tiga cabaran yang mereka lalui dengan halangan yang berbeza.

    Turut menghiburkan dalam rancangan itu adalah persembahan daripada penyanyi-penyanyi baru iaitu Dani Ahmad yang popular dengan lagu Tanda-Tanda Cinta, Juara Bintang Kecil, Dayangku Syaf, Yanna Tasha dan Arif juga merupakan finalis dari Bintang Kecil.

    Menurut penerbit rancangan, Muhd Shahminan Mohd Yunos, program ini dihasilkan mengikut cita rasa remaja belia yang memang sukakan cabaran dan menariknya tiga cabaran itu telah dilakukan di lokasi yang berbeza.

    Adi Faiz brsama artis artis instafamous yang terlibat dalam menjayakan rancangan Di Mana Ketupat Raya.

    Beliau juga berharap agar rancangan itu dapat menepati cita rasa remaja belia dan turut berpeluang untuk diteruskan lagi pada masa hadapan.

    Rancangan ini dihoskan oleh seorang Dj radio yang dikenali iaitu Adi Faiz.

    Menurut Adi Faiz, ia adalah sebuah rancangan yang menyeronokkan apatah lagi diuji dengan pelbagai cabaran yang sememangnya menjadi intipati program ini.

    Di kesempatan itu, penerbit rancangan turut ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada D`anggerek Serviced Apartment, Escape Room, Qaisara Dreams, Mumtaz Collections, De`Ceriaa Café, dan Shinblingz di atas penglibatan mereka dalam program Di Mana Ketupat Raya ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda