Saturday, January 25, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Di Maria tinggalkan Juventus selepas satu musim

    PARIS, 7 JUN – Pemain sayap Argentina, Angel Di Maria telah meninggalkan Juventus selepas satu musim, menjadi ejen bebas di tengah-tengah dakwaan dia boleh menjadi sasaran kelab di Arab Saudi.

    Pemenang Piala Dunia berusia 35 tahun itu mendarat di Turin selepas tujuh musim bersama Paris Saint-Germain, menjaringkan lapan gol dalam 40 perlawanan untuk Juve dalam satu musim tanpa trofi.

    “Saya pergi dengan tenang kerana telah memberikan segalanya untuk membantu kelab terus memenangi kejuaraan, tetapi ia tidak mungkin,” kata Di Maria di Instagram.

    “Saya pergi dengan rasa sedih kerana tidak mencapainya, tetapi juga dengan kegembiraan kerana membawa bersama saya ramai kawan dari bilik persalinan yang hebat di mana saya menjadi sebahagian daripadanya.”

    Arab Saudi telah merangka senarai lebih 10 pemain yang telah memenangi sama ada Liga Juara-juara atau Piala Dunia yang ia mahu tawarkan ke liganya, sumber yang rapat dengan rundingan itu memberitahu AFP.

    Senarai itu termasuk Di Maria, Luka Modric, Hugo Lloris dan N’Golo Kante. Semuanya berada di penghujung kerjaya mereka. – AFP

    Di Maria dari Argentina meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Dunia menentang Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda