PSIKOLOGI warna menunjukkan bahawa kita membentuk keutamaan dalam warna sesuatu barang kerana sifat peribadi kita atau kekurangan dalam diri kita. Jadi dengan keperluan seperti kereta yang kita miliki, warna yang kita pilih akan menunjukkan rahsia lebih mendalam tentang siapa diri kita yang sebenar.
1. Merah
Seseorang yang memilih kereta warna merah untuk diri mereka sendiri biasanya suka menayang hak milik mereka, tetapi ia juga boleh dilihat sebagai seorang yang klasik. Mereka adalah orang yang benar-benar menikmati kehidupan dan mempunyai semangat untuknya. Orang ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:
-Outgoing.
-Jenis yang suka berseronok.
-Agresif.
-Impulsif.
-Bercita-cita tinggi.
-Mengagumkan.
2. Kelabu
Kelabu, bukan perak. Orang yang memilih warna kereta ini biasanya berkelas, lebih sukakan keselesaan berbanding dengan penampilan, dan suka melakukan sesuatu dengan perlahan dan mantap, dan bukannya melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Ciri-ciri mereka adalah:
-Pemalu.
-Mencintai keselesaan.
-Tidak peduli dengan status.
-Berhati-hati.
-Mudah untuk berkompromi.
-Matang.
3. Perak
Orang yang memilih kereta warna ini biasanya hebat dalam soal perniagaan dan kadang-kadang bekerja terlalu keras. Seseorang yang menikmati warna ini mempunyai mata untuk semua perkara kelas tinggi dan mempunyai beberapa ciri yang lebih menarik, seperti:
-Menunjuk.
-Inovatif.
-Praktikal.
-Mempunyai citarasa yang tinggi.
-Canggih.
-Anggun.
4. Biru
Kereta biru memperlihatkan rupa yang mesra. Orang yang memilih warna ini biasanya ringan hati dan mudah dibawa bincang. Mereka juga mempunyai ciri-ciri seperti:
-Belas kasihan.
-Optimisme.
-Stabiliti.
-Introspektiviti.
-Kejujuran.
-Ketenangan.
5. Coklat atau beige
Orang yang memilih coklat atau beige untuk kereta mereka sangat berasas, merekalah jenis orang yang ‘Voice of Reason,’ tetapi kadang-kadang mereka cenderung terlalu malu untuk bercakap. Mereka juga:
-Rendah diri.
-Berjimat-cermat.
-Jujur.
-Tidak peduli dengan gaya.
-Conformist atau penurut.
6. Hijau
Populariti kereta hijau yang muncul semenjak tahun 90an, orang yang memilihnya biasanya berkuasa dan kuat, dengan perasaan yang baik. Mereka juga:
-Lembut.
-Berdikari.
-Mempunyai kesabaran tinggi.
-Berkelas.
-Pencinta keamanan.
7. Emas atau kuning
Jika anda bukan Austin Powers, tetapi masih mempunyai kereta warna cahaya matahari, anda mungkin mempunyai moto ‘jangan risau, gembira’ dalam hidup. Inilah warna optimis, yang juga mempunyai ciri:
-Riang.
-Imajinatif.
-Bijak.
-Mempunyai rasa humor yang baik.
8. Hitam
Ia bukan hanya warna pelangsingan, tetapi juga warna orang yang lebih suka klasik berbanding dengan mengikuti trend. Mereka mempunyai ciri-ciri lain juga:
-Bermaruah.
-Penyayang barangan mewah.
-Canggih.
-Sentiasa terkawal.
-Menarik perhatian.
-Berkuasa.
9. Putih
Warna ini menyatukan gaya yang sempurna dan pandangan moden pada perkara abadi. Ia juga mencadangkan bahawa orang yang memilihnya adalah:
-Jujur.
-Tulen.
-Elegan.
-Berusaha bersungguh-sungguh.
-Moden.
-Keinginan untuk kehidupan yang lebih mudah. – Agensi