Thursday, January 9, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dia cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya! – Abdul Zackery

    Lama mengambil bersikap berdiam diri, suami Zahnita Wilson akhirnya muncul membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon dan model berkenaan.

    Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

    Tidak hanya itu, Abdul Zackery mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang setiap tahun minta diceraikan.

    “Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita).

    “Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya.

    Abdul Zackery mahu isterinya memberi sepenuh perhatian kepada keluarga. – Kosmo Online

    “Tetapi pada ketika itu, saya cuba untuk menenangkan isteri,” katanya kepada mStar.

    Abdul Zackery mendedahkan perkara itu ketika mengadakan sidang media tergempar di kediamannya di Kuantan, Pahang pada petang kelmarin.

    Abdul Zackery mendedahkan pergaduhan mereka pada November lalu tercetus apabila Zahnita bertindak menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.

    Rumah tersebut disewa Zahnita bagi menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal 2024.

    Dakwanya, sejak memulakan perniagaan tersebut, Zahnita mula mengabaikan kebajikan anak-anak mereka yang membuatkan dia tidak berpuas hati.

    “Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya.

    “Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab saya sering memukulnya,” ujarnya.

    Dia mahu isterinya itu memberi sepenuh perhatian kepada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka iaitu Abdul Zayden Ghouse, 4, menghidap autisme.

    Abdul Zackery memberitahu dia tampil membuat penjelasan berhubung isu rumah tangganya kerana mahu mempertahankan hak anak-anak mereka yang diabaikan Zahnita. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda