Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dia model terbaik saya – David Beckham

    Pemain bola sepak terkenal David Beckham mengakui obses dengan produk kecantikan jenama Victoria Beckham Beauty (VBB) milik isterinya, Victoria Beckham.

    Menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) di akaun Victoria, penyanyi itu berkata suaminya merupakan model terbaik untuk mempromosikan produk-produknya.

    “Dia model terbaik saya,” kata Victoria.

    Ahli kumpulan Spice Girls ini turut berkata suaminya gemarkan serum terbaharu keluaran jenama kosmetiknya yang bertujuan membantu mengembalikan keremajaan.

    Serum itu juga kini dijual di pasaran.

    “Saya juga baru saja dapat mesej daripada David yang mengatakan dia sudah kehabisan serum ini. Dia sangat sukakannya. Saya akan bawa balik sebotol untuknya,” ujarnya. – Agensi

    David Beckham mengakui obses dengan produk kecantikan jenama milik isterinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda