Gelagat aktres jelita, Nur Fazura menyapa seorang pekerja wanita di sebuah rangkaian minuman popular pada Isnin menerima pujian ramai.
Memetik laporan mStar, menerusi video yang tular, Fazura dilihat menegur pekerja tersebut di kaunter pandu lalu hingga membuatkan wanita itu tergamam.
Lebih mencuit hati, pekerja berkenaan seakan-akan tidak percaya apabila individu yang disapa itu ialah Fazura.
Tidak hanya mesra, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga sudi meluangkan masa bergambar dengan pekerja tersebut.
Tindakan Fazura itu mendapat pujian warganet apabila menyifatkan dia seorang selebriti yang merendah diri dan sentiasa menghargai peminat.
“Fazura sangat merendah diri, kalau aku pun terkejut jumpa Fazura”.
“Rezeki pekerja itu jumpa Fazura, comelnya reaction dia,” tulis warganet. – Agensi

