MANCHESTER, 8 NOV – Amad Diallo, yang sering diabaikan oleh bekas bos Erik ten Hag, menjaringkan dua gol ketika Man United menewaskan PAOK 2-0 di Old Trafford dalam perlawanan Liga Europa kelmarin.
Pemain sayap Ivory Coast itu meletakkan United di depan pada awal separuh masa kedua dengan tandukan melepasi gol yang melantun masuk setelah terkena tiang.
Diallo umpama wira memastikan tuan rumah memperoleh tiga mata yang amat diperlukan, selepas tiga kali seri sebelum ini dengan usahanya merebut bola dari pertahanan dan merembat ke penjuru gawang ketika baki 13 minit perlawanan.
“Dia (Diallo) luar biasa dalam latihan, dia sentiasa berlatih dengan baik dan meminta saya melakukan lebih banyak lagi,” kata pengurus sementara Ruud van Nistelrooy kepada TNT Sports.
Perlawanan seterusnya dan terakhir Van Nistelrooy yang bertanggungjawab ialah lawatan Liga Perdana Leicester hujung minggu ini, sebelum Ruben Amorim mengambil alih selepas rehat antarabangsa.
“Ahad nanti adalah satu lagi perlawanan lain dan saya sangat fokus untuk melakukannya, jadi saya tidak memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.” – AFP