Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dialog bersama AS sentiasa terbuka

    TEHRAN, 23 Okt – Diplomat tertinggi Iran kelmarin berkata dialog bersama Amerika Syarikat (AS) akan sentiasa terbuka jika ia menghormati perjanjian nuklear antarabangsa Iran 2015, menurut laporan IRAN daily.

    Presiden AS Donald Trump memberi laluan untuk berdialog dan tetap dengan perjanjian nuklear Iran 2015 yang mana AS secara tidak sah menarik diri awal tahun ini, menurut kenyataan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif yang dipetik.

    Beliau menggariskan keperluan ‘saling menghormati’ untuk dialog tersebut.

    “AS telah gagal untuk menghormati tanggungjawabnya, ia merupakan perjanjian yang wajib,” kata Zarif.

    Tehran, bagaimanapun berkata ia tidak akan menyertai rundingan bersama Washington di bawah sekatan anti-Iran.

    Sementara itu, Trump menyatakan kesediaannya untuk bertemu pucuk pimpinan Iran mengenai isu antara kedua-dua buah negara. Susulan keputusan Trump untuk keluar daripada pakatan nuklear Iran pada 8 Mei lalu, AS berikrar untuk mengenakan semula sekatan ke atas Iran, sementara menghukum negara-negara yang mempunyai hubungan perdagangan bersama Iran.

    Penarikan semula Washington dari perjanjian mercu tanda nuklear telah dikritik sejagat, beberapa sekutu besar Eropah telah berusaha untuk mencegah perjanjian nuklear daripada terjejas. – Xinhua

    Mohammad Javad Zarif (kanan) semasa menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar di ibu pejabat PBB pada 24 September lalu. Menurut Zarif, Presiden AS Donald Trump memberi laluan untuk berdialog dan tetap dengan perjanjian nuklear Iran 2015 yang mana AS secara tidak sah menarik diri awal tahun ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda