BEIJING, 2 OGOS – Dialog global bertemakan ‘Peluang daripada Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu kepada Dunia’ anjuran Kumpulan Media China, CMG diadakan di beberapa negara Asia, baru-baru ini.
Antara negara terpilih untuk dialog itu termasuk Korea Selatan, India, Filipina, Myanmar, Turkiye, Afghanistan dan Mongolia.
Ahli politik, pakar, ahli kumpulan pemikir, ketua syarikat, warga media dan wakil belia masyarakat tempatan berkumpul bersama untuk membincangkan pengalaman dan peluang yang dibawa pembangunan berkualiti tinggi China kepada dunia khususnya negara Asia.
Ahli Parlimen Turkiye, Yuksel Kilinc menyatakan bahawa langkah memperkasakan pembaharuan dan mempercepat pembinaan modenisasi oleh China menjadikan negara itu penstabil bagi orde antarabangsa.
Beliau percaya China sebagai negara yang kuat amat signifikan bagi kestabilan dan pembangunan dunia.
Pegawai Kementerian Pemulihan dan Pembangunan Luar Bandar kerajaan sementara Afghanistan, Tawana menyatakan bahawa beliau telah melihat sistem yang lengkap, peralatan pertanian moden dan teknologi pertanian maju di kawasan luar bandar China. – Bernama