SINGAPURA, 3 Nov – Dialog Dasar Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura ke-6 telah berlangsung kelmarin di Temasek Club, di sini.
Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, dan Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan, Singapura, Chan Yeng Kit.
Dialog tersebut juga dihadiri oleh para pegawai tentera dan awam dari kedua-dua negara. (Klik di sini untuk berita lanjut)