Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dialog keamanan rai 40 tahun hubungan diplomatik Brunei-Kanada

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara Kanada dan Negara Brunei Darussalam, Suruhanjaya Tinggi Kanada mengadakan sesi dialog Muslim Contributions to Peace Through Dialogue yang berlangsung di Hotel Radisson, hari ini.

    Majlis mengetengahkan pembentangan yang disampaikan oleh pembentang undangan iaitu Profesor Madya Pengajian Keagamaan, Universiti Montreal, Profesor Dr Patrice Brodeur.

    Dalam pembentangannya, beliau menyuarakan mengenai sumbangan penting suara-suara Muslim kepada dialog-dialog mempromosikan keamanan dan kefahaman bersama antarabangsa.

    Majlis diikuti dengan sesi dialog di antara Profesor Dr Brodeur dengan para jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Kor Diplomatik, kerajaan Brunei serta ahli akademia.

    Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie menyatakan perasaan gembira untuk mengalu-alukan Profesor Dr Brodeur ke Brunei.

    Beliau berkata di Kanada seperti di Brunei, peranan suara-suara Muslim merupakan asas kepada mempromosikan keamanan dan dialog. Oleh itu, ia adalah mustahak untuk meneruskan perbicaraan dalam forum dua hala dan pelbagai hala.

    PYT Ambra Dickie berharap menerusi dialog yang diadakan, ia akan memberikan sumbangan yang amat berguna kepada kerjasama antarabangsa Brunei dan Kanada sekali gus mempromosikan keamanan, sekuriti dan kemakmuran untuk semua.

    Profesor Dr Brodeur menyampaikan pembentangannya. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    PYT Ambra Dickie menyampaikan kata alu-aluannya semasa sesi dialog berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda