Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dialog tingkat pengetahuan proses strata

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Bagi meningkatkan pengetahuan dan menyebarluaskan proses terkini bagi permohonan kemajuan strata di Negara Brunei Darussalam, Sesi Dialog mengenai Kemajuan Strata telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

    Dialog anjuran Kementerian Pembangunan itu turut membincangkan isu-isu yang dihadapi semasa proses permohonan strata dilaksanakan.

    Sesi dialog disampaikan oleh See Seng Guan dari Surbana Jurong Consultants, Singapura bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Ukur, Jabatan Tanah dan ABCi.

    Dialog dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Pembangunan dan pihak berkepentingan yang berkaitan se-perti Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Lembaga Bandaran dan jabatan-jabatan daerah, selain institusi-institusi berkepentingan seperti ahli-ahli daripada Persatuan Bank Brunei (BAB) dan Law Society, pemaju-pemaju tempatan, juruukur berlesen serta pensyarah-pensyarah dari institusi pengajian tinggi seperti Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Teknologi Brunei.

    See Seng Guan bersama pegawai lain pada acara tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Dayang Aldila hadir bersama tetamu lain pada dialog yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, ABCi, Kementerian Pembangunan, kelmarin. – – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...