Pelakon Dian Sastrowardoyo (gambar bawah) menyedari bulan Ramadan pada tahun ini banyak perubahan memandangkan seluruh negara mengalami krisis penularan wabak Covid-19.
Menerusi video di Instagramnya, Dian mengakui dia amat merindui momen menyambut bulan puasa sebelum ini bersama rakan dan keluarganya.
Bagaimanapun, dia me-ngambil positif perkara itu dan menganggap ada hikmah disebalik yang terjadi sekarang untuk lebih bersyukur dengan hal yang kecil.
“Nampaknya Ramadan kali ini banyak yang berubah. Tidak akan ada waktu berbuka puasa bersama atau momen silaturrahim ke rumah jiran.
“Mungkin sebenarnya tiada apa yang berubah pun. Cuma yang membezakan hanyalah jarak. Kalau nak berbuka dengan keluarga boleh saja menggunakan video call.
“Baju raya pun boleh beli secara talian. Mungkin hikmah disebalik semua ini untuk kita sentiasa bersyukur dengan hal kecil yang kita boleh lakukan untuk merayakan Ramadan dirumah,” katanya. – Agensi