Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diana bakar surat cinta suami

    Pelakon Diana Danielle menyifatkan suaminya iaitu Farid Kamil lelaki kejam sekiranya aktor itu berniat mahu memanjangkan isu rumah tangga mereka.

    Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, dia sudah memberi peluang kepada Farid selepas mereka kembali rujuk setahun lalu namun ia tidak berhasil.

    “Jika dia mahu panjangkan proses penceraian ini, maka dia seorang yang kejam.

    “Saya sudah menghabiskan masa selama setahun cuba memperbaiki dan pulihkan keadaan. Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan,” katanya.

    Diana menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Ahad selepas Farid berkongsi kembali surat cinta yang pernah diberikan pada hari pernikahan mereka 12 tahun lalu yang jatuh pada Ahad.

    Dalam pada itu, Diana sekali menegaskan dia nekad untuk bercerai kerana tidak mahu lagi berada bawah tanggungjawab Farid dan tidak mahu dipujuk.

    “Jika dia mahu ikat sehingga saya terseksa sampai ke proses hakam, dia adalah kejam.

    “Saya tidak mahu dipujuk dan tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Niat saya cukup jelas.

    “Tiada lagi yang saya mahukan selain tidak berada di bawah tanggungjawab dia,” tegasnya.

    Dalam hantaran berbeza, Diana turut memuat naik video membakar kertas dipercayai surat yang pernah diberikan Farid kepadanya.

    Diana berkata surat ‘penipuan’ tidak ada di hatinya lagi.

    Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. – Agensi

    Farid dan Diana pernah kembali rujuk selepas cerai tahun lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda