Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diana Danielle belajar semula, terasa cepat letih

    Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya, pelakon Diana Danielle mengakui sukar untuk dia memberikan tumpuan terhadap pengajiannya.

    Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, berkata kehidupan sebagai pelajar yang mencabar membuatkan dia seperti tiada semangat atau motivasi untuk menyiapkan tugasannya.

    “Sangat melelahkan bila menjadi seorang pelajar. Daripada segi pengurusan masa, tugasan, dan bacaan memang perlukan segunung usaha. Dan yang paling best, saya langsung tiada motivasi. Makin banyak tugasan perlu hantar kerja, makin banyak saya tidur,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

    Dalam pada itu, Diana memberitahu dia kini semakin jarang menghabiskan masa untuk bersosial dek kesibukan belajar. Malah, pelakon itu turut menyamakan tahap kepayahannya yang dilaluinya kini sama seperti ibu yang sedang menjaga bayi baru lahir.

    “Saya dah kurang keluar sangat, satu sebab saya terlalu banyak fikir sampai tak boleh bersosial. Kedua memang sengaja buat begitu supaya saya tak habiskan tenaga belajar. Saya rasa macam jadi ibu kepada bayi yang baru lahir,” jelasnya.

    Pada Januari lalu, Diana memberitahu dia memulakan pengajian dalam dua bidang serentak iaitu Biologi Kimia dan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan. Katanya, keputusan itu dibuat kerana mahu meneruskan impian yang selama ini tertangguh akibat sibuk dengan karier. – Agensi

    Diana mengakui sukar membahagikan masa untuk anak-anak dan belajar. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda