Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diana Danielle mahu failkan cerai

    Lebih setahun rujuk semula, pelakon Diana Danielle nekad mahu berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.

    Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, bukan semua pasangan yang kembali rujuk akan kekal dan meminta Farid melepaskannya secara baik.

    “Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” katanya.

    Diana berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin.

    Berkongsi lanjut, Diana berkata selepas berfikir panjang, dia membuat keputusan itu dan bakal memfailkan cerai terhadap Farid selepas ini.

    “Saya dah buat keputusan secara rasmi mahu berpisah dengan suami saya.

    “Saya akan failkan penceraian,” ujarnya.

    Sementara itu, Diana tidak berkongsi punca dia membuat keputusan berkenaan.

    Tambah aktres itu, mungkin Farid akan memberikan kenyataan seperti biasa.

    “Tidak, saya takkan terangkan kenapa. Tapi dia (Farid) akan lakukan seperti biasa dengan bunga, cincin dan janji kosong. Semoga mempunyai kehidupan yang baik,” jelasnya.

    Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu.

    Kemudian pasangan ini memilih untuk kembali rujuk pada 31 Ogos pada tahun sama.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. – Agensi

    Farid dan Diana kembali rujuk pada 31 Ogos lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda