Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diana Danielle puas hati abang bas kena tahan polis

    Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa lega susulan penahanan pemandu bas sekolah yang tular merakamkan video kanak-kanak terutamanya pelajar perempuan untuk dijadikan kandungan media sosialnya.

    Berang dengan alasan yang diberikan pemuda berkenaan, Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran tetap merupakan satu kesalahan.

    Malah, tindakan pemuda itu menjadikan kanak-kanak di bawah umur sebagai konten media sosial dianggap keterlaluan, kongsi mStar.

    “Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu.

    “Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!

    “Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

    Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik tangkap layar kenyataan media daripada Polis Johor pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Diana mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk merakam wajah anak mereka.

    Diana bagaimanapun tetap bersyukur kerana wujud undang-undang yang ketat melindungi hak kanak-kanak di negara itu. – Agensi

    Sebagai ibu, Diana bersyukur dengan undang-undang yang terdapat di Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda