Sejak kembali rujuk dengan bekas suami pada Ogos lalu, peminat perasan perubahan pelakon Diana Danielle yang bukan sahaja dilihat ceria tetapi berat badannya juga semakin bertambah.
Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, bagaimanapun meminta warganet tidak terus membuat andaian atau kesimpulan dengan hanya melihat apa dipaparkan di media sosial, kongsi mStar.
“Tidak ada sesiapa boleh memastikan sama ada seseorang itu bahagia dengan merujuk kepada kenaikan berat badan dan senyumannya di media sosial.
“Apa pun terima kasih kerana membuat andaian yang positif,” katanya.
Dia menjelaskan perkara itu ketika memberikan respons terhadap komen pengikutnya di Instagram yang membuat andaian isteri pelakon dan pengarah Farid Kamil itu sedang bahagia.
Menerusi hantaran sama, Diana turut menyangkal dakwaan dia sedang berbadan
dua susulan berat badannya dilihat bertambah.
“Sebelum ada yang bertanya lagi, saya tidak hamil,” jelasnya.
Sebelum ini, Diana pernah menafikan dia sedang hamil anak ketiga.
Diana menjelaskan perubahan fizikalnya disebabkan selera makan yang bertambah sejak kebelakangan ini. – Agensi