Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diana Danielle sedang usaha jadi lebih baik

    Pelakon Diana Danielle kesal apabila menerima reaksi kurang senang daripada warganet selepas memberitahu dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk mengadu segala kesedihan.

    Menjawab komen yang diterima itu, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berpendapat tiada mana-mana individu berhak memandang rendah terhadap seseorang yang sedang berjuang mengubah diri ke arah lebih baik.

    “Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, ‘tutup aurat dulu’.

    “Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat? Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan. Setiap orang sedang bergelut dengan diri sendiri dan berjuang melawan nafsu masing-masing.

    “Yang penting, kita semua sedang berusaha ke arah kebaikan. Elak rendahkan sesiapa yang sedang cuba berubah,” katanya menerusi hantaran di Threads pada Isnin.

    Dalam pada itu, Diana juga berpendapat menunaikan solat merupakan jalan awal untuk seseorang menjadi insan yang lebih baik.

    Malah ia bukan perkara yang pelik jika dilakukan oleh wanita yang masih belum berhijab seperti dirinya.

    “Kenapa perlu pelik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat? Kan setiap orang ada ujian berbeza. Solat tanda kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik.

    “Berdosa atau tidak, lebih baik kita teruskan amalan rohani sebab mendekatkan diri dengan Allah tak pernah akan jadi perkara yang sia-sia,” ujarnya.

    Sebelum ini, Diana menerusi satu temu bual memberitahu dia dapat melalui proses penceraian bersama aktor Farid Kamil dengan lebih tenang selepas meluahkan segala rasa ketika bersujud.

    Dia juga berharap dapat memperbaiki diri menjadi seorang muslimah lebih baik dengan caranya itu.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. – Agensi

    Diana dalam proses menjadi insan lebih baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda