Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi berbakat besar, Diana Danielle kerana baru sahaja dilantik oleh Traveloka sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10 di Asia Tenggara.
Superapp pengembaraan ini akan bekerjasama dengan penyanyi-pelakon tercinta ini untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ini ketika negara sedang membangkitkan semula industri pelancongan.
“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya.
“Dia juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin. Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19.
“Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia. – Agensi
