Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diana tolak, Farid tetap pujuk

    Biarpun menyedari Diana Danielle, 32, menolak tawaran perdamaian bernilai RM319,700 dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin, Farid Kamil, 42, masih berusaha memujuk isterinya, demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

    Peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata anak guamnya tekad dengan pendirian mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan Diana.

    Memberitahu BH Online, Fakhrul berkata, anak guamnya berhubung dengan ahli keluarga Diana untuk bersemuka dan berbuka bersama.

    “Farid masih berusaha pelbagai cara untuk memujuk Diana agar kembali berdamai. Farid seboleh-bolehnya tidak mahu bercerai. Jadi, dia berusaha berbaik-baik dengan pihak sana seperti mengajak Diana berbuka dan berbincang.

    “Farid sudah berhubung dengan ahli keluarga Diana untuk tujuan itu. Sekarang dia masih lagi berusaha.

    Farid masih berusaha pelbagai cara memujuk agar kembali berdamai dan mengajak Diana berbuka puasa serta berbincang. – Agensi

    “InsyaAllah, nampak ada peluang. Kalau boleh, Farid mahu berjumpa dan berbuka dengan Diana sebelum hari raya,” katanya.

    Pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin, Farid mengemukakan tawaran perdamaian, iaitu kenderaan MPV, Toyota Vellfire bernilai RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac lalu sehingga Jun ini bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

    Farid dilaporkan berharap tawaran itu mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

    Bagaimanapun, Diana dilaporkan menolak tawaran perdamaian dikemukakan Farid, malah, tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.

    Akberdin dilaporkan berkata, Diana tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak jagaan anak-anak dan mahu kekal sebagai kawan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda