Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dianggarkan 2 juta alami long COVID di UK

    LONDON, 1 JUN – Anggaran dua juta orang di United Kingdom (UK), yang merangkumi kira-kira tiga peratus penduduk, telah dilaporkan mengalami apa yang dikatakan long COVID, statistik-statistik rasmi menunjukkan hari ini.

    Kira-kira 1.4 juta daripadanya berkata mereka pertama kali dijangkiti COVID-19, atau percaya mempunyai virus itu, sekurang-kurangnya 12 minggu sebelumnya, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

    Seramai 826,000 daripadanya juga didapati dijangkiti koronavirus itu sekurang-kurangnya setahun sebelumnya, sementara 376,000 berkata mereka pertama kali dijangkiti sekurang-kurangnya dua tahun sebelumnya.

    Perangkaan ONS itu adalah berdasarkan laporan-laporan oleh mereka yang mengalami long COVID daripada contoh representatif rumah-rumah persendirian dalam tempoh empat minggu hingga 1 Mei.

    Keletihan adalah simptom biasa, dialami oleh 55 peratus mereka yang melaporkan mengalami long COVID, diikuti dengan sesak nafas (32 peratus), batuk (23 peratus) dan sakit otot (23 peratus). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda