Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diaz adakan lawatan ke Venezuela

    CARACAS, 31 Mei – Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel mempertahankan Nicolas Maduro semasa lawatan luar negara pertama presiden itu semalam, sambil menyeru rakyat Amerika Latin itu supaya terus menyokong perjuangan rakan sejawatannya itu.

    Presiden Cuba itu yang menggantikan Raul Castro pada 19 April lalu telah disambut oleh kerajaan Maduro, sekutu ekonomi dan politik terdekat Cuba, apabila dia tiba di lapangan terbang Maiquetia.

    “Sangat gembira berada di Venezuela dan hidup revolusi Bolivar dan hidup Presiden Maduro,” Diaz-Canel. Selepas Maduro memberikan sambutan kehormat, Diaz-Canel menekankan, “Tidak kira bagaimana besarnya masalah dan cabaran, anda boleh bergantung harapan pada Cuba, hari ini dan sentiasa. Sokongan tanpa syarat.” Diaz Canel berkata alasan utama bagi lawatannya ke Venezuela ialah untuk menunjukkan perpaduan dengan Maduro selepas perlantikannya semula pada 20 Mei lalu secara meluas disingkirkan sebagai palsu oleh AS, EU dan 13 negara-negara Amerika Latin.

    Beliau menyifatkan pilihan raya itu, yang dipulaukan oleh parti pembangkang utama sebagai “kejayaan sangat besar.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda