Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Diaz bantu Colombia benam Brazil

    BARRANQUILLA, 17 NOV – Luis Diaz berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu Colombia menewaskan Brazil 2-1 kelmarin, menamatkan bulan yang penuh cabaran setelah bapanya diculik oleh satu unit gerila selama 12 hari.

    Dalam satu suasana yang luar biasa di Estadio Metropolitano, Barranquilla, penyerang Liverpool, Diaz, menanduk masuk bola pada minit ke-75 dan ke-79 ketika Colombia meraih kemenangan penting dalam usaha mereka untuk layak ke Piala Dunia 2026.

    Gol Diaz membatalkan gol pembuka Brazil yang dihasilkan oleh penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli. Malam yang buruk untuk Brazil bertambah teruk dengan kecederaan bintang Real Madrid, Vinicius Jr, yang terpaksa keluar akibat kecederaan paha selepas 27 minit.

    Kemenangan tersebut membuatkan bapanya, Luis Manuel Diaz, yang menyaksikan dari tempat duduk penonton dengan mengenakan jersi Colombia, penuh emosi.

    Diaz hanya bertemu semula dengan bapanya pada Selasa selepas ibu bapanya dibebaskan minggu lalu setelah ditahan oleh satu unit gerila kumpulan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) Colombia selama 12 hari.

    Diaz berkata selepas kemenangan semalam, dia telah mengalami ‘hari-hari yang sukar’ selepas mengetahui tentang penculikan bapanya.

    “Tetapi hidup membuat awda kuat dan berani, dan saya fikir itulah bola sepak, dan bukan sahaja bola sepak tetapi kehidupan,” kata Diaz, menyampaikan persembahan ini kepada rakyat Colombia.

    “Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan, kepada kakitangan kejurulatihan yang sentiasa ada untuk saya pada setiap saat. Dan saya mendedikasikan kemenangan ini kepada orang ramai yang berhak mendapatnya,” tambahnya. – AFP

    Diaz beraksi semasa perlawanan kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2026 di stadium Roberto Melendez di Barranquilla, Colombia, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...