Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dibayangi oleh sejarah silam si ibu

    Ulasan buku oleh Raz AS

    IBU Ivy Bloodgood telah meninggal dunia, dan Ivy sepatutnya berasa sedih dengan peristiwa tersebut. Namun yang demikian, Ivy langsung tidak merasa apa-apa dengan kepergian ibunya.

    Myra Bloodgood adalah seorang ibu yang mengelirukan. Sifatnya bercampur di antara terlalu mempertahankan dan juga mendera, personalitinya yang suka memanipulasi dan tidak pernah memberitahu tentang latar belakangnya, siapa ayah Ivy sebenarnya, atau kenapa mereka hidup dalam pelarian.

    Kini Ivy telah dihantar ke Darkhaven, sebuah pulau di persisiran New England, untuk tinggal bersama bapa saudara kaya yang tidak pernah dikenalinya. Di sana Ivy terpaksa berhadapan dengan sejarah silam ibunya.

    Ivy dapat merasakan bahawa terdapat rahsia terpendam tentang keluarganya di sebalik tembok itu, dan apabila dia terjaga daripada mimpi ngeri dalam keadaan dibasahi darah seseorang, Ivy khuatir masalah yang dihadapi oleh ibunya kini datang bertandang menjenguk dirinya.

    Takut kerana tidak dapat mempercayai apa yang dilihatnya, Ivy meminta bantuan daripada seorang budak lelaki yang merasakan bahawa kisah hidup Ivy mempunyai kaitan dengan rahsia gelap Darkhaven. Akan tetapi apa yang mereka tidak ketahui, ia mungkin akan menyebabkan nyawa mereka berdua melayang.

    Sebuah novel gothic misteri, Dreaming Darkly adalah sebuah novel menarik daripada penulis veteran Caitlin Kittredge.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda