Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dibayar untuk rosakkan majlis kahwin

    MADRID, 15 SEPT – Seorang lelaki Sepanyol muncul dengan cara baharu untuk menjana kewangan.

    Dengan bayaran sebanyak 500 euro, lelaki tersebut sanggup menerima cabaran untuk membatalkan perkahwinan pelanggannya dan menyamar sebagai kekasih dengan merayu mereka untuk melarikan diri bersama.

    Memetik laporan Oddity Central, Ernesto, yang menawarkan perkhidmatan pelik itu, menjadi perbualan hangat di Sepanyol selepas muncul dalam video tular yang disiarkan dalam TikTok, YAhoraSonSoles oleh Antena 3.

    “Jika awda mempunyai keraguan, awda tidak mahu berkahwin atau awda tidak tahu bagaimana untuk mengatakan tidak, jangan risau lagi, saya akan membatalkan perkahwinan untuk awda,” kata Ernesto dalam video tersebut.

    “Awda hanya perlu beritahu saya masa, tempat dan tarikh, saya akan hadir di majlis itu.

    Saya akan mengatakan bahawa saya adalah kekasih dalam hidup awda dan kita akan lari bersama-sama.”

    Dia juga dibayar lebih sekiranya berlaku insiden yang tidak dijangka seperti jika dia ditampar, ditumbuk atau ditendang, dia akan mendapat bayaran tambahan.

    “Setiap tamparan bernilai 50 euro. Walaupun saya cuba mengelak, saya sedar setiap kali saya dipukul, saya akan mendapat bayaran tambahan. Jadi, begitulah cara saya memperoleh wang saya,” terang Ernesto.

    Perkhidmatan yang pada awalnya hanya sebagai gurauan itu, akhirnya menjadi popular dan Ernesto kini dipercayai mempunyai tempahan penuh sehingga 2 November. – Agensi

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda