Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diberi cuti atau dihentikan?

    Apakah nasib kami sebagai pekerja-pekerja kedai perkhidmatan Cube yang tidak mengetahui status pekerjaan kami. Adakah kami diberi cuti atau dihentikan tanpa notis?

    Semenjak sempadan-sempadan di negara ini diarahkan untuk ditutup. Syarikat-syarikat cube yang menawarkan perkhidmatan pengambilan parcel dari negara jiran terjejas akibat kesukaran untuk mendapatkan parcel pelanggan. Akibat daripada itu, kami pekerja-pekerja di syarikat berkenaan diberikan cuti dan disuruh untuk menerima panggilan kerja semula.

    Namun sehingga hari ini kami masih belum mendapat panggilan. Tetapi apabila kami lihat laman sosial syarikat tempat kami bekerja masih aktif dan berniaga seperti biasa. Apabila ditelefon tetap jawapan yang sama untuk menanti panggilan kerja semula.

    Kalau kami diberhentikan cuba jujur saja dan tidak perlu membuat kami menanti panggilan. Kami boleh mencari pekerjaan lain atau berusaha mencari jalan untuk mendapatkan pendapatan harian. Kami tidak tahu di mana hendak melaporkan masalah ini, harap pihak tertentu dapat membantu kami.

    Bantu Kami

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda