Diberi subsidi bercuti di Rusia

MOSCOW, 22 JULAI – Moscow akan memberikan subsidi untuk percutian bagi pelancong Rusia yang bercuti dalam negara dan bukannya Mediterranean, kata Perdana Menteri Mikhail Mishutin hari ini.

Usaha untuk merangsang pelancongan domestik diambil selepas pegawai membatalkan kebanyakan sekatan koronavirus pada Jun.

Namun warga Rusia masih dilarang daripada bercuti di luar negara disebabkan kawalan perjalanan antarabangsa yang dikenakan untuk memperlahankan pandemik.

“Kami telah menyediakan subsidi berjumlah kira-kira 3.5 bilion rubles kepada operator pelancongan,” beritahu Mishustin kepada parlimen semasa laporan mengenai kerja kerajaan pada 2019.

“Kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan 15 bilion tambahan untuk memajukan pelancongan domestik,” yang akan digunakan untuk membayar pampasan kepada warga Rusia yang bercuti dalam negara.

Warga Rusia akan menerima di antara 5,000 dan 15,000 rubles, bergantung pada percutian, kata beliau.

Promosi itu akan bermula pada Ogos dan sah sehingga 20 Disember. – AFP