Dibolosi awal minit buat Kovac terkejut

MONACO, 24 OGOS – Pengurus Monaco, Niko Kovac berkata dia terkejut selepas pasukannya dibolosi dua jaringan awal minit selepas terikat seri 2-2 dengan Reims kelmarin dalam perlawanan pertamanya dalam minggu pembukaan musim Ligue 1.

Kovac, yang meninggalkan Bayern Munich pada November lalu, telah dilantik oleh juara tahun 2017 Perancis untuk menggantikan Roberto Moreno yang dipecat pada bulan Julai. Pemain pertahanan, Axel Disasi dan Benoit Badiashile menjaringkan gol untuk memberikan satu mata kepada Kovac di Stade Louis II selepas penjaga gol, Benjamin Lecomte dibolosi dua kali dalam tempoh 21 minit selepas perlawanan bermula.

“Saya terkejut pada permulaan perlawanan, selepas dua percubaan kami dibolosi dengan dua gol. Tetapi pasukan memberikan tindak balas yang sangat baik,” kata Kovac.

“Kami akan berpuas hati dengan mata diraih. Ia adalah permulaan yang baik. Kami melakukan beberapa kesilapan pada permulaan perlawanan tetapi kami menunjukkan kekuatan fizikal dan keinginan yang tinggi dalam 70 minit terakhir,” tambahnya.

Reims, yang bermain dalam final Piala Eropah buat kali pertama, akan bermain dalam pusingan kelayakan Liga Europa bulan depan, ketika mereka kembali ke kejohanan benua buat kali pertama sejak 1963.

Doulaye Dia membuka jaringan untuk pasukan pelawat dari wilayah Champagne selepas lima minit ketika pemain remaja El Bilal Toure memenangi perebutan bola di udara dengan Disasi.

Selepas 21 minit perlawanan, Toure yang berusia 18 tahun membuat percubaan menyasarkan bahagian bawah sudut dari luar kotak penalti selepas Disasi dan Badiashile gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Disasi, yang menyertai Monaco dari Reims awal Ogos lalu, merapatkan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Badiashile menyamakan kedudukan 10 selepas perlawanan bersambung. Kovac memasukan dua orang pemain remaja Perancis, Willem Geubbels dan Sofiane Diop tetapi mereka gagal untuk memberikan sebarang tekanan kepada penjaga gol pasukan lawan, Predrag Rajkovic. – AFP

Niko Kovac terkejut selepas pasukannya dibolosi dengan dua gol dalam masa bawah 21 minit semasa Monaco bertemu Reims di perlawanan pembukaan Ligue 1. – AFP