Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dicekup curi barang rumah dalam pembinaan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 28 tahun ditahan di Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) setelah dipercayai terlibat dengan kejadian curi barangan rumah di Kampung Telisai, Daerah Tutong.

    Menurut PPDB dalam kenyataan yang dikeluarkan, penahanan suspek berikutan aduan diterima pada 6 Jun di Balai Polis Tutong yang menyatakan barangan di rumah pengadu yang sedang dalam pembinaan telah didapati hilang dipercayai dicuri. Siasatan telah dijalankan oleh anggota detektif Balai Polis Tutong dan berjaya menahan suspek di rumahnya.

    Pemeriksaan terus dijalankan dan telah menemukan barang-barang bukti dipercayai milik pengadu.

    Suspek dan kesemua barang bukti dibawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut.

    Suspek juga bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 380 dan 427 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan rosak barang.

    Kenyataan menekankan, PPDB akan sentiasa berusaha dalam menjalankan pemantauan, menjejak dan mengesan sebarang kegiatan jenayah di samping membuat penangkapan ke atas penjenayah-penjenayah yang berhasrat untuk mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

    Sokongan masyarakat adalah diharapkan agar sentiasa memberikan kerjasama dalam kepercayaan serta perkongsian maklumat bagi memastikan negara ini bebas daripada segala bentuk aktiviti negatif dan gejala jenayah.

    Antara jubin yang dicuri suspek.
    Antara barang yang dipercayai dicuri yang ditemui oleh pihak penguat kuasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda