Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Seorang perempuan warganegara asing berumur 30 tahun telah ditahan kerana dipercayai menjalankan kegiatan menawarkan khidmat seks dalam serbuan mengejut di salah sebuah bilik penginapan di kawasan Berakas, kelmarin.
Susulan pemeriksaan di bilik berkenaan, pihak polis menemukan beberapa bahan bukti seperti wang tunai, kepingan kondom, minyak pelincir dan telefon bimbit.
Suspek berserta kesemua bahan bukti telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menjalani siasatan lanjut.
Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 atas kesalahan menawarkan khidmat seks.
PPDB akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini.
Pihak polis menyarankan orang ramai agar dapat memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.



