Thursday, May 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didakwa atas kematian anak demi kehidupan lebih baik

    VATHY, GREECE – Di sebuah bukit diselubungi pokok pine di bahagian atas Aegean Sea terletak kubur seorang budak. Perjalanan menggunakan bot yang pertamanya merupakan yang terakhir – lautan tersebut telah membunuhnya sebelum ulang tahunnya yang ke-6.

    “Dia lemas dalam sebuah kejadian nahas kapal,” tertulis dibatu nisannya. “Ia bukan kerana lautan, bukan kerana angin, ia disebabkan undang-undang dan ketakutan.”

    Dasar untuk para penghijrah menjadi persoalan dalam kes ayah seorang lelaki Afghanistan berusia 25 tahun, yang didakwa dengan membahayakan anak ketika membawa anak lelakinya dalam perjalanan dari Turki ke Greece dan berdepan hukuman pemenjaraan sehingga 10 tahun.

    Ini dipercayai merupakan yang pertama kali di Kesatuan Eropah (EU) yang ibu bapa berdepan pendakwaan untuk kematian anak daripada nahas kapal dalam mengejar kehidupan yang lebih baik di Eropah.

    Ayah tersebut, bercerai dan menjaga anak lelakinya seorang diri, menyatakan dia membuat keputusan untuk meninggalkan Turki setelah permohonan suakanya ditolak untuk dua kali, bimbang diusir ke Afghanistan.

    “Saya tidak datang ke sini untuk suka-suka. Saya dipaksa. Saya mengambil keputusan untuk pergi bagi masa depan anak dan sendiri, jadi kami boleh pergi ke suatu tempat untuk hidup dan anak saya boleh belajar,” ujarnya.

    Sekarang, katanya, dia sering memikirkan untuk membunuh diri. Dia bersetuju untuk bercakap kepada The Associated Press dengan syarat dia hanya dikenali dengan nama awalnya, NA, dan nama anaknya tidak dinyatakan.

    “Tanpa dia, saya tidak tahu bagaimana untuk hidup. Hanya dia seorang yang saya miliki dalam hidup ini. Semua harapan saya adalahlah dia,” tangisnya.

    Ia tidak sangat jelas mengapa pihak berkuasa Greece mengambil langkah ekstrem mendakwa lelaki tersebut ketika kebanyakan yang lain juga mengalami nasib sama.

    Menteri Penghijrahan Notis Mitarachi menyatakan yang kes tersebut bukanlah tanda sebarang perubahan dalam dasar penghijrahan di Greece.

    Suasana khemah sementara di luar kawasan kem pelarian yang penuh sesak di pelabuhan Vathy di bahagian timur pulau Aegean Samos, Greece. – AP
    Seorang penghijrah berjalan di depan tandas di luar kawasan kem pelarian yang penuh sesak di pelabuhan Vathy. – AP
    Seorang ayah warga Afghanistan berdiri di pelabuhan Vathy di bahagian timur pulau Aegean Samos, Greece. – AP
    Para penghijrah bermain bola di luar kawasan kem pelarian. – AP

    “Jika terdapat kehilangan nyawa manusia, ia mesti disiasat sama ada sesetengah orang, menerusi kecuaian atau sengaja, bertindak di luar batas undang-undang,” kata Mitarachi, menambah ini adalah berdasarkan kes dengan kes.

    Dia mengambil maklum nyawa pencari tempat perlindungan bukanlah dalam bahaya di Turki.

    “Orang-orang yang memilih untuk menaiki bot-bot, di mana tidak layak berlayar dan dipandu oleh orang yang tidak mempunyai pengalaman lautan tersebut, secara terang-terangan menempatkan nyawa manusia dalam bahaya,” ujarnya.

    Di sempadan EU, Greece merupakan barisan hadapan bagi krisis penghijrahan Eropah. Pada tahun 2014 hingga 2020, lebih daripada 1.2 juta orang telah menggunakan laluan bahagian timur Mediterranean ke Eropah, menurut perangkaan UNHCR. Lebih daripada 2,000 kematian atau telah hilang.

    Mac lalu, ketika perbalahan hubungan orang-orang Turki dan Greece, Turki mengisytiharkan sempadannya dibuka untuk EU, menjadikan ribuan penghijrah pergi ke sempadan Greece. Greece menuduh Turki menggunakan keadaan terdesak penghijrahan sebagai ‘senjata’. Kumpulan bantuan dan pencari tempat berlindung juga melaporkan penolakan daripada Greece, pengusiran haram tanpa membenarkan permohonan-permohonan perlindungan. Greece membantah keras menafikan tuntutan tersebut.

    AP menyatukan kesemua apa yang terjadi kepada ayah dan anak lelaki tersebut daripada dokumen-dokumen dan temu bual sah dengan orang-orang yang terbabit dalam kes tersebut.

    Perjalanan mereka bermula di bandar Izmir, Turki. Seramai 24 orang penumpang warga Afghanistan termasuk Ebrahim Haidari, 24, yang ingat budak tersebut sebagai seorang anak yang cerdik yang berbicara dengan pe-numpang lain dan bergurau dengan penyeludup-penyeludup tersebut dalam Bahasa Turki. Dia terkejut dengan hubungan rapat di antara ayah dan anak tersebut.

    Pada malam 7 November, kumpulan tersebut dibawa ke lautan Turki. Keadaan laut ketika itu tidak tenang tetapi para penyeludup bertegas yang cuaca tersebut akan bertambah baik. Tidak seperti orang-orang dewasa, budak tersebut berasa tidak takut. Dia teruja mengenai perjalanan menggunakan bot yang pertamanya.

    Bagaimanapun setelah beberapa jam, lautan menjadi lebih tidak selamat dan bot tersebut dimasuki air.

    Takut akan mati, mereka pergi ke daratan pertama yang mereka boleh lihat. Tetapi batu-batuan berdekatan pantai merosakkan dingi tersebut, menghumban mereka keluar.
    Lautan gelap, anak tersebut terlepas daripada pelukan ayahnya. Keadaan menjadi kelam-kabut.

    Ayah tersebut tidak dapat melihat dan mendengar anaknya. Sebuah bot akhirnya muncul dengan lampu pencarian. Mereka yang terselamat melambai dan berteriak tetapi ia tidak berhenti. Kapal kedua muncul namun perkara sama berlaku. Ayah tersebut sangat pasti yang kru tersebut nampak mereka tetapi tidak memberikan bantuan.

    Dokumen-dokumen sah menunjukkan pengawal pantai Samos menangkap ayah anak tersebut disebabkan ‘mendedahkan anak kecilnya kepada bahaya semasa percubaan masuk secara haram ke dalam sebuah negara menerusi lautan’.

    Kementerian Dasar Pulau dan Perkapalan Greece, di mana bidang kuasa pengawal pantai terletak, tidak menerima permintaan temu bual dengan pegawai pengawal pantai Samos. Tetapi, seorang pegawai menggariskan maklumat peristiwa, dengan syarat tidak dinyatakan namanya.

    Pegawai tersebut menyatakan pengawal pantai tersebut peka dengan kemungkinan kedatangan para penghijrah di bahagian hujung semenanjung yang tidak berpenghuni dan segera menghantar dua buah kapal.

    Tetapi mereka tidak melihat sesiapa ketika mereka sampai.

    Beberapa jam kemudian, salah sebuah kapal menemukan seorang wanita di sebalik batu dan menemui mayat budak tersebut berdekatan ketika menyelamatkan wanita tersebut.

    Ayah anak tersebut ditemui dengan jarak beberapa jam berjalan kaki dengan sembilan orang yang lain. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/