Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didakwa curi dua buah kereta

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Seorang lelaki yang berdepan tuduhan mencuri dua buah kereta pada dua tarikh berasingan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin.

    Suhaili bin Haji Saidin, 46, didakwa mencuri sebuah kereta Toyota Kijang dari kawasan rumah di Kampung Masin pada 20 April 2018 sekitar jam 11:30 malam.

    Dia juga menghadapi tuduhan mencuri sebuah lagi kereta modal Mitsubishi Lancer dari kawasan Sungai Akar Sentral antara 16 dan 17 April 2018.

    Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menangguhkan kes sehingga 30 April sementara menunggu siasatan selesai dijalankan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda