Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didakwa lagi kerana degil

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Seorang wanita yang sebelum ini memiliki kesalahan kastam pada 2017, tidak pernah belajar daripada kesilapannya apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki 117 paket rokok tanpa cukai.

    Fatimah binti Nayan, 40, mengaku bersalah memiliki barang tegahan itu di gerai sayur, Temburong pada 26 April 2019 kira-kira jam 8:46 malam dan dijatuhi denda $23,000 oleh Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim.

    Defendan diberi tempoh sehingga 28 November 2019 untuk membayar denda dan sekiranya gagal, berdepan hukuman 14 bulan penjara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda