Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didakwa terlibat perjudian haram

    SEOUL – Seungri, bekas anggota kumpulan K-pop Big Bang dipanggil  memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan terlibat dengan perjudian haram di luar negara, lapor agensi berita Yonhap.

    Muncul dengan berpakaian rasmi, bintang K-pop itu mengatakan beliau akan memberikan kerjasama dan meminta maaf kerana ‘mencetuskan kebimbangan’.

    Beliau bagaimanapun, enggan menjawab soalan diajukan wartawan mengenai kes perjudian haram itu.

    Awal bulan ini, polis menahan Seungri dan Yang Hyun-suk, bekas ketua agensi pengurusan Big Bang, YG Entertainment.

    Kedua-duanya didakwa terbabit dengan perjudian haram di luar negara dan menyimpan duit diperoleh  secara tidak sah yang melanggar Akta Transaksi Pertukaran Asing.

    Rangkaian stesen JTBC melaporkan, Seungri dan Yang sering mengunjungi kasino di hotel Las Vegas dan melakukan aktiviti perjudian bernilai jutaan dolar. – Bernama

    Seungri telah dilaporkan sering mengunjungi kasino Las Vegas. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda