Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diddy akur dengan perpisahan

    Selepas sahaja tular mengenai berita perkahwinan bekas kekasih penyanyi rap terkenal dunia, Diddy, Cassie yang akan mengahwini Alex Fine, Diddy memuat naik satu gambar yang seakan-akan hati remuk berikutan berita tersebut baru-baru ini.

    Cassie secara rasmi telah menjadi isteri kepada Alex Fine pada 25 September lalu dan nampaknya bekas suaminya, Diddy terkesan dengan berita perkahwinan tersebut. Diddy berkongsi perasaan sedihnya itu di media sosial Instagram miliknya yang berbunyi, “Keep going, I’ve got you – The Universe”.

    Berusaha untuk melupakan

    Nampaknya daripada bunyi ayat tersebut, Diddy seakan-akan berusaha untuk melupakan dan memaksa dirinya untuk meneruskan kehidupan walaupun berdepan dengan pelbagai halangan. Walaupun Diddy tidak merujuk status itu kepada Cassie namun, berikutan masa dan waktu ketika status itu dimuat naik, ramai peminat berpendapat bahawa status itu memang ditujukan kepada Cassie.

    Cassie mula menjalinkan hubungan bersama Alex pada bulan Disember 2018 selepas sahaja bercerai dengan penyanyi rap terkenal itu. Hubungan ‘on’ dan ‘off’ antara Cassie dan Diddy berlangsung selama 10 tahun serta mempunyai seorang anak . – Agensi

    Diddy seakan-akan berusaha untuk melupakan dan memaksa dirinya untuk meneruskan kehidupan walaupun berdepan dengan pelbagai halangan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda