Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diddy jual rumah mewah pada harga rendah demi tampung kos guaman

    Diddy jual rumah mewah pada harga rendah demi tampung kos guaman

    Susulan penahanannya atas dakwaan pelbagai masalah jenayah, penyanyi rap P. Diddy mengambil keputusan untuk menjual aset di bawah harga nilai untuk menguruskan kos perundangan yang semakin meningkat.

    Menurut sumber yang didedahkan kepada Radar Online, Diddy atau nama sebenarnya Sean John Combs, 54, dikatakan terdesak menjual kediamannya di Miami, Amerika Syarikat dengan harga jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran.

    Penyanyi itu menjual sebuah rumah agam Star Island di Miami dengan harga AS$18.8 juta yang sepatutnya bernilai AS$48.5 juta.

    Tindakan itu dibuat bagi membayar yuran guaman yang terus meningkat kerana terdapat dakwaan baharu dimana Hakim di Michian mendakwa penyanyi berkenaan gagal membayar bayaran sivil sebanyak AS$100 juta kepada mahkamah.

    Jumlah itu perlu dibayar untuk menyelesaikan tuduhan Diddy menyerang seorang lelaki berusia 27 tahun secara seksual dalam pergaduhan yang berlaku di Detroit.

    Pada 16 September lalu, Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat.

    Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi berusia 55 tahun itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut. Pemuzik terkenal ini terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk dikaitkan dengan skandal ‘Freak Off’ yang didakwa memperdaya wanita. – Agensi

    Diddy terpaksa menjual rumah untuk mendapatkan wang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda