Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 28 FEB – Seorang individu dikenakan denda kompaun sebanyak $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana melakukan kesalahan melanggar Bab 12 (1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu membuang bekas plastik makanan di kawasan berdekatan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan pada 26 Februari lalu.
Individu itu telah diberikan tempoh masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.
Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi satu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, JASTRe menggesa orang ramai dan pemilik perniagaan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam
sekitar.
