Thursday, November 7, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $100 buang sampah di tepi jalan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 27 DIS – Seorang individu dikenakan denda kompaun $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang sampah di premis awam, kelmarin.

    Jabatan itu mendapati individu berkenaan membuang sampah di tepi jalan di Kampung Batu Marang yang mana perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

    Individu itu diberi masa tujuh hari untuk menyelesaikan denda dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit bersalah boleh didenda antara $1,000 dan $3,000 bagi kesalahan pertama, dan antara $3,000 dan $9,000 serta penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

    Rakaman CCTV menunjukkan seorang individu membuang sampah di tepi jalan di Kampung Batu Marang. – GAMBAR SERAHAN JASTRe
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda