Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $12,056 miliki barang seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Seorang warga Bangladesh berusia 32 tahun yang memiliki rokok dan minuman keras seludup diperintahkan untuk membayar denda berjumlah $12,056 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret, Harnita Zelda Skinner memerintahkan Sohag Sarder menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda tersebut, selepas dia mengaku bersalah memiliki 15 karton dan 12 paket rokok pelbagai jenama dan sebotol minuman keras.

    Pendakwa kastam memaklumkan mahkamah bahawa polis trafik telah menahan defendan di dalam keretanya di lebuh raya Sungai Akar menghala ke pusing keliling Subok pada pukul 9:15 malam 9 Februari lalu.

    Mahkamah juga mengarahkan agar rokok dan minuman keras berkenaan dimusnahkan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda