Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $12,400 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Seorang warga Malaysia berusia 20 tahun diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk menjelaskan denda $12,400 selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Chung Ka Chai perlu menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda berkenaan.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar
    daripada pihak pendakwa kastam bahawa pegawai pencegah kastam mendapati defendan telah membawa 16 karton rokok tidak diisytiharkan dalam kenderaannya semasa pemeriksaan rutin di ruang ketibaan Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 8:35 malam, 13 Jun
    lalu.

    Mahkamah juga mengarahkan rokok berkenaan dilucuthakkan dan dimusnahkan.

    Gambar Freepik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda