Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $13,000 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun hari ini telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki rokok seludup di rumahnya.

    Muhamad Khairul Afiq bin Awang Tinggal diperintahkan untuk
    menyelesaikan denda $13,000, atau menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar.

    Pendakwa raya kastam mendedahkan di mahkamah bahawa defendan telah menyimpan 12 karton dan tujuh paket rokok pelbagai jenama di rumahnya di RPN Kampung Meragang pada 4 Disember 2021.

    Majistret Nur Eleana DSP Haji Hairol Arni seterusnya mendengar bahawa pegawai kastam menjalankan pemeriksaan pada 9:49 malam dan mendapati rokok itu adalah hasil seludup.

    Mahkamah turut memerintahkan agar kesemua rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda