Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $149,600 seludup 141 karton rokok

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Seorang lelaki warga Bangladesh yang membawa hampir 150 karton rokok seludup diarahkan oleh Mahkamah Majistret semalam untuk membayar denda berjumlah $149,600 atau menjalani hukuman penjara tujuh bulan.

    Tangil Mahmud, 36, mengaku bersalah terhadap dakwaan di bawah Perintah Eksais dan mengesahkan tidak dapat membayar denda berkenaan.

    Majistret Harnita Zelda Skinner mendengar sekumpulan pegawai pencegah kastam menahan kenderaan defendan di Kampung Masin pada 16 Disember 2021 jam 5 petang.

    Hasil pemeriksaan menemukan 141 karton rokok pelbagai jenama yang telah diseludup masuk, selain wang tunai berjumlah $450, dipercayai daripada hasil jualan rokok tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda