Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $15,000 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Mahkamah Majistret kelmarin telah memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk membayar denda $15,000 setelah dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Mohd Hasbullah bin Abu Bakar, 32, terpaksa menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni mendengar daripada pihak pendakwaan kastam bahawa defendan didapati membawa 13 karton dan 13 paket rokok pelbagai jenama seludup di dalam kenderaannya ketika diletak di Batu Bersurat pada 14 November 2021, jam 2:40 petang

    Pegawai pencegah kastam bertindak atas maklumat dan menemui barangan tersebut semasa menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan defendan.

    Mahkamah turut memerintahkan agar rokok yang dirampas itu dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda