Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $17,300 miliki minuman keras seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang warga tempatan membayar denda sejumlah $17,300 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki minuman beralkohol yang diseludup.

    Mohd Nasrulhafiz bin Mohaimin, 26 tahun, perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Syaffina binti Shahif mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan memandu keretanya ketika dia bertembung dengan polis Temburong di Kampung Sungai Besar berhampiran Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) pada jam 8:50 malam, 18 Ogos 2021.

    Defendan cuba melarikan diri diikuti dengan aksi kejar-mengejar dan akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis.

    Anggota polis kemudian memeriksa kereta defendan dan menemui 108 botol minuman keras pelbagai jenis. Mahkamah turut mengarahkan agar kesemua minuman keras yang dirampas dimusnahkan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda